Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447)
BAHAGIAN IX – KESALAHAN DAN PENALTI
Kesalahan
37. (2) Mana-mana orang yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan gopoh atau cuai menyebabkan kecederaan atau kerosakan kepada mana-mana orang atau harta berkenaan dengan mana-mana pepasangan atau kelengkapan atau suatu bahagiannya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.