Posted by - March 18, 2019

Prosedur Permohonan Syarikat Utiliti Kepada JKR

Prosedur Permohonan Syarikat Utiliti Kepada JKR disediakan untuk memberi panduan yang lebih jelas bagi proses permohonan penanaman kabel seiring dengan prosedur dan keperluan terkini.

Selain itu, prosedur ini juga adalah berdasarkan Akta Pewakilan Kuasa 1956 Di Bawah Seksyen 85, Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pembinaan akses dan parit dan penyusunan pemasangan utiliti awam ke jalan-jalan yang ada) yang mana kuasa melulus telah ditetapkan di bawah kuasa Pengarah Negeri bagi semua negeri kecuali Negeri Sabah iaitu di bawah kuasa Jurutera Daerah dan Jurutera Unit Penyelenggaraan Jalan.

Antara tujuan lain prosedur ini dihasilkan adalah bagi menambahbaik perkara-perkara yang tidak terkandung dalam Arahan Teknik (Jalan) 4/85 (Pin. 1997): Application For The Installation Of Public Utility Services Within Road Reserve seperti berikut:-

  1. Permohonan dan pertanggungjawaban oleh Syarikat Utiliti
  2. Penyeragaman Wang Cagaran
  3. Pelan Pengurusan Trafik
  4. Borang-borang berkaitan
  5. Perlantikan Perunding Kejuruteraan Awam Dan/Atau Perunding Berkaitan Yang Bertauliah jika projek melebihi RM 500,00.00
  6. Penyediaan “Method Statement” yang disahkan oleh perunding kejuruteraan awam dan/atau perunding berkaitan yang bertauliah
  7. Penyediaan Pelan Pengesanan dan Pemetaan Kemudahan Utiliti Di Bawah Tanah pada pelan ukur yang telah disahkan oleh Juruukur Tanah Berlesen
  8. Insurans Contractor All Risks (C.A.R.)

Selain perkara di atas, prosedur ini telah dilancarkan oleh YBhg Dato’ Sri Zohari Bin Haji Akob, Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya pada 28 Oktober 2016 semasa Taklimat Prosedur Permohonan Syarikat Utiliti Kepada JKR. Prosedur ini akan mula berkuatkuasa 1 Januari 2017. Prosedur ini perlu dirujuk bersama-sama dengan dokumen-dokumen berikut:-

  1. Arahan Teknik (Jalan) 4/85 (Pin. 1997): Application For The Installation Of Public Utility Services Within Road Reserve
  2. Arahan Teknik Jalan 2C/85 (Manual On Traffic Control Devices, Temporary Signs And Work Zones Control)
  3. JKR/SPJ /2008-Seksyen 4
  4. REAM Guideline – GL 4/2002

 

Download dan baca report selanjutnya di sini.